Sunday, 8 January 2012

Apabila Qi dan Yuna bercuti bersama keluarga di Eropah (14 gambar)















Happy je Yuna n Qi

Super Ajaib: Awan berbentuk ombak berlaku di Segamat


Tanda2 hari kiamat sudah hampir dekat,jadi anak2 muda bertaubat lah dari melakukan ape2 yang di larang oleh allah swt..INGAT LAH PADA HARI KIAMAT YANG HAMPIR DEKAT.

Jika Kehidupan Manusia Terbalik (5 GAMBAR)





Sumber : bom321

RM350 ribu untuk juara Mahajara Lawak Mega, Osbon


Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.
Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi

Duit Kertas Ringgit Malaysia (RM) Baru 2012


Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan duit kertas baru, sebelum ini Bank Negara telah memperkenalkan juga duit syiling, duit kertas baru kini berciri keunikan Malaysia. untuk pengeluaran duit kertas baru ini, nilai RM20 akan digunakan semula.



Duit Kertas Rm100- Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.


Duit Kertas RM50- Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.



Duit Kertas Rm20- Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.


Duit Kertas RM10- Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.



Duit Kertas Rm5- Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.




Duit Kertas Rm1- Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


Sumber: Bank Negara Malaysia 

Kilang NOKIA (10 GAMBAR)

Beginilah keadaan dalam kilang pembuat telefon bimbit berjenama NOKIA.











Sumber : BOM321

Bak satu! Haha,mesti best yang dapat kerja kat sini..Boleh telefon free(pandai2 je murai ni)

Saya tetap Melayu Islam”, Amalina Che Bakri



Amalina Che Bakri meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan danjangan menghukum seseorang berdasarkan pewatakannya. Berikut adalah kenyataan Amalina ketika ditembual melalui Skype di rumah ibunya, di Taman Sri Saujana berkenaan isu sudah tidak bertudung.
Amalina juga mengakui itu dirinya yang sebenar di mana dia suka bergaya dan berfesyen sejak kecil lagi. Manakala melalui kenyataan ibunya pula. Pakaian berfesyen yang dimaksudkan itu, dibelikan olehnya untuk Amalina. Malah ketika gambar tersebut di ambil, ibunya berada di situ dan ibunya juga yang mengambil gambar tersebut. Malah melalui kenyataan ibunya, Facebook itu bukan milik anaknya dan percaya ada anasir yang cuba menfitnahnya anaknya.
Kami bukan tidak mahu percaya berita ini, namun setelah bermacam penipuan dalam media beberapa ketika ini membuatkan kami terasa semak dengan apa yang disampaikan. Sebagai contoh yang berlaku sebelum ini, apabila seorang pelajar lelaki telah mengahwini seorang lelaki namun kenyataan lelaki tersebut juga mengaku yang dia dilahirkan sebagai Melayu Islam dan mati sebagai Melayu Islam.
Apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Amalina dan kembali ke jalan yang benar.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More